Produk - Makanan Kesihatan - K-Sage Plus
K-SAGE PLUS dapat membantu
meningkatkan aktiviti otak serta membantu meningkatkan proses kerja,
Ianya bertindak untuk menyelaraskan sistem saraf tunjang serta sistem
peredaran darah dalam badan. K-SAGE PLUS membantu meningkatkan sistem
imuniti badan dan membantu membesarkan saluran arteri bagi peredaran
darah kepada otak, jantung dan anggota badan dengan lebih lancar.
“Sage” – Makanan Untuk Kesihatan Otak
“Sage” ataupun lebih dikenali dengan nama saintifiknya - salvia
sebenarnya merujuk kepada nama keluarga herba pudina. Terdapat pelbagai
spesies salvia dan kebanyakannya mempunyai sejarah perubatan. Herba
“Sage” telah lama digunakan dalam perubatan herba bagi pelbagai tujuan.
Teori berzaman lamanya yang menyatakan bahawa herba “sage” boleh
meningkatkan daya ingatan kini disokong dengan penyelidikan moden
apabila ianya telah dibuktikan berkesan dalam membantu fungsi kognitif.
Pakar percaya bahawa bahan
aktif dalam herba “sage” mampu meningkatkan kandungan kimia yang
menyalurkan maklumat kepada otak. Ini adalah hasil daripada kandungan
anti-oksida dan anti-radangnya dan kelebihan ini ternyata membuktikan
potensi salvia dalam merawat penyakit Alzheimer yang berkaitan dengan penurunan tahap kognitif.
Selain itu, herba “sage” juga
telah digunakan bersama lain-lain herba tambahan bagi mengaktifkan sel
otak yang dorman, merangsang pengaliran darah dalam otak bagi kesihatan
am, mempromosikan minda yang cergas serta merehatkan minda daripada
tekanan kehidupan seharian. K-SAGE PLUS sememangnya baik untuk kesihatan
otak kita.
Kebaikan K-SAGE PLUS:
- Membantu memperbaiki daya ingatan
- Membantu mengurangkan tekanan
- Membantu memperbaiki kualiti tidur
- Melegakan keadaan otak daripada keletihan
- Membantu memperbaiki peredaran darah
-
Membantu menggalakkan kecergasan
Kegunaan:
- Sesuai untuk kanak-kanak, para pelajar, orang dewasa dan mereka yang lanjut usia bagi mengekalkan daya ingatan dan meningkatkan kecergasan otak.
- Membantu para pelajar dan kanak-kanak untuk memperbaiki daya ingatan, daya pemikiran dan keupayaan untuk belajar.
No comments:
Post a Comment