Saturday, January 10, 2015

Xanteen


Produk - Makanan Kesihatan - XANTEEN

Apakah itu Radikal Bebas?

Teori radikal bebas ialah teori penuaan yang diperakui dalam bidang sains. Penyerapan oksida akan meningkatkan proses pengoksidaan dalam sel badan dan menghasilkan radikal bebas yang berbahaya. Selain itu, pencemaran persekitaran, tabiat merokok, racun perosak, sinar ultraungu, alkohol dan bahan kimia juga akan menambahkan radikal bebas dalam badan sehingga mempercepatkan proses penuaan, menjejaskan kesihatan kulit, meningkatkan risiko jangkitan penyakit seperti kanser, masalah kardiovaskular, kencing manis, gastrik, nyanyuk dan sebagainya.

Apakah itu Bahan Antioksida?

Bahan antioksida penting kepada tubuh untuk membantu meneutralkan radikal bebas serta membantu meringankan dan melambatkan masalah yang disebabkan oleh radikal bebas terhadap sel normal, protein dan lemak.

Bagaimanakah Xanteen® melawan radikal bebas?

Buah manggis dikenali sebagai raja Xanthone. Xanthone biasa terdapat dalam tumbuh-tumbuhan secara semula jadi. Ia mempunyai fungsi antioksida yang tinggi. Kini terdapat lebih daripada 200 jenis Xanthone yang telah dikenal pasti dan setiap Xanthone mempunyai fungsi yang berlainan terhadap tubuh. Secara amnya, kebanyakan Xanthone yang terdapat dalam sesejenis tumbuhan adalah tidak melebihi 8 jenis. Walau bagaimanapun, terdapat lebih daripada 40 jenis Xanthone dalam buah manggis. Oleh itu, Xanteen® amat berkesan dalam mengurangkan radikal bebas pada badan.

XANTEEN® digunakan secara tradisional untuk membantu :

  • Mengekalkan kesihatan am
  • Meningkatkan stamina fizikal dan mental
  • Melancarkan pengedaran darah
  • Melegakan kesakitan otot dan sendi
  • Mengurangkan masalah perut serta usus
  • Meringankan masalah keletihan dan tekanan mental
  • Mempertingkatkan kualiti tidur

No comments:

Post a Comment