Produk - Makanan Kesihatan - PROPOLIS PLATINUM
Menurut buku dari Dr. Kishita
yang bertajuk ‘The Wonder Treatment of Propolis’, beberapa kajian
mengenai propolis dari beberapa buah negara membuktikan propolis dari
negara Brazil , terutamanya damar dari Eukaliptus sebagai kualiti yang
terbaik.
Propolis dikumpul oleh
lebah-lebah dari hutan hujan tropika Brazil yang tidak dicemari.
Propolis adalah produk damar semulajadi sarang lebah yang dihasilkan
oleh lebah bagi melindungi dan mengukuhkan penjagaan sarang lebah dari
ancaman jangkitan. Kajian saintifik telah membuktikan bahawa amalan
mengambil propolis daapt membantu mengukuhkan sistem imuniti badan dan
oleh itu, Propolis Platinum memainkan peranan penting dalam penjagaan
kesihatan am kita.
Fungsi Propolis Platinum
Propolis Platinum kaya dengan
kandungan bioflavonoid. Bioflavonoid juga menggiatkan sel-sel darah
putih dalam membantu meningkatkan sistem imuniti badan. Flavonoid yang
terkandung dalam Propolis Platinum adalah sebatian tumbuh-tumbuhan yang
mempunyai ciri-ciri anti-kulat, anti-bakteria, anti-virus, anti-oksida
dan anti-radang berkualiti tinggi.
Kebaikan Propolis Platinum
Propolis Platinum menggiatkan
penghasilan antibodi serta mengukuhkan sistem imuniti badan. Propolis
Platinum membantu melegakan sakit tekak. Ia juga bertindak dalam melawan
kerosakan gusi dan gigi. Ia boleh membantu menghalang selsema,
jangkitan gastrointestinal dan lain-lain lagi kegunaan. Ia juga boleh
membantu meringankan masalah pernafasan dan membantu merawat luka-luka
ringan apabila disapukan pada luka.
No comments:
Post a Comment